Tuesday, March 19, 2019

Habis seminggu tempoh intensive brightening softener

Dalam tempoh seminggu Qir pakai cleanser + softener, Qir dapati jerawat halus semakin banyak di sekitar dahi.

Ya Qir pasti, mestilah si fungal acne yang tumbuh segar bugar sebab Qir dah bagi baja kat dia.

Baja? Apa kaitan dengan softener (toner)?

Dalam toner ada satu kandungan yang boleh menyebabkan fungal acne membiak iaitu polysorbate 20.

Jadi Qir tak risau sangat, sebab tahu dah penyebab dia.

Apa yang Qir buat ialah, Qir rawat guna madu. Sebab madu ada kandungan antioksidan yang tinggi yang boleh bunuh kulat-kulat berjemaah tu semua.

Alhamdulillah dalam 3-4 hari Qir amalkan pakai madu. Dalam masa yang sama Qir selang ada hari yang Qir pakai cleanser+toner sebelah pagi, lepas pukul 10, qir cuci muka dan sapu pulak madu. Malam pon sama.

Hasilnya memang fungal acne cepat kecut. Tapi tak hilang sepenuhnya. Hanya kecut je.

Dalam tempoh seminggu, tu je yang Qir buat.

Nak pulihkan semula kulit, kena sabar kan.

Sebab Qir yakin, produk yang Qir pakai ni bukan sebarang produk. Dia ada kajian, sudah tentu setiap satu ramuan itu ada penawarnya. Inshaa Allah, satu hari nanti pasti akan memberikan kesan maksima pada kulit.

No comments:

Post a Comment