Thursday, February 28, 2019

Tempoh seminggu consume intensive brightening clenser

Lamenye rase tak menulis di fb ni kan.
Rasa nak share lagi pengalaman Qir masa breakout dulu.

Mana tahu, ada mangsa keadaan dalam friendlist Qir ni, dapat jugak ambik iktibar kan. Ladang pahala Qir jugak tuu. Hehe

Qir pernah cerita, lepas putus je ubat doktor pakar tu kan, Qir jadi takut nak pakai apa-apa produk. Trauma rasanya. Masa tu hari-hari Qir sapu muka dengan aloe vera yang besar tu.

Qir buang kulit dia, lepas tu ambik isi lendir dalam dia tu, sapu kat muka. Memang buat non stop dalam sehari.
Jadi bila nak wuduk atau mandi, memang basuh camtu je, sebab kulit muka rasa fresh sangat. Tak pakai pencuci muka dah.

Nak keluar berjalan pon, memang tak pakai foundation ke apa, memang sapu aloe vera tu saja. Memang rasa menegang je kulit muka. Tapi Qir rasa itu je protection terbaik masa tu. Huhu punya laa trauma dengan skincare.

Hasil dari sapu aloe vera hari-hari, memang lembut dan sejuk je rasa kulit. Parut hitam mula pudar sikit-sikit. Tapi takdalah dia rawat sampai flawless kulit kita tu kan. Jerawat naik je jugak, mungkin faktor pemakanan dan hormon jugak kan.

Lama lepas tu baru la berani amik foundation atau sunblock. Tu pun sebab aktif pagi swimming sebab kena terdedah dengan cahaya matahari.

Untuk korang yang breakout teruk, rehatkan muka dulu, jangan terus-terus nak tukar produk. Kasi kulit tu bertenang dulu sebulan dua ek. Dalam tempoh tu eloklah pakai bahan-bahan natural je untuk bersihkan muka.

Bila dah breakout sebab bahan terlarang dalam produk, memang akan ambil masa bertahun untuk baik. Kalau pakai produk lepas tu boleh baik dalam masa seminggu atau 3,4 hari, eloklah cek balik kandungan dia. Takut la kan pisang  berbuah dua kali pulak!

Sekarang Qir tak pakai dah la aloe vera tu, dah malas pulak nak buang kulit bagai. Sekarang Qir dah jatuh cinta dengan satu produk ni.

Cleanser dia, serius nyaman je muka. Lepas cuci muka rasa bersih gila, tak keringkan kulit, dan rasa kulit lebih lembab. Kulit makin cerah natural.

Bahan aktif yg digunakan bukan dari sumber merkuri, hydroquinone, tretinoin, atau steroid yang bagi muka cerah timbul urat hijau semua tu, tapi dia guna bahan aktif dari kulit buah manggis yang dikenali sebagai Alpha-MAGs!

Produk ni bukan sebarang-barang, tapi hasil kajian Doktor, dari UTM. Hasil kajian makmal tentang Alpha-MAGs terbukti dapat cerahkan kulit 200% lebih berkesan berbanding arbutin & kojic acid. Wow sangat!

Mangsa breakout macam Qir takkan senang-senang nak pakai mana-mana skincare melainkan benar-benar selamat dan ada kajian yang dipercayai, sebab Qir dah rasa down tahap tujuh petala langit tu macamana.

Dermags,
Serius Qir dah jatuh cinta!

Seminggu selepas consume intensive brightening cleanser. 25 February 2019. Ada lagi seminggu tempoh bertenang. 

 Kulit kusam perlahan-lahan hilang. 
Tumbuh jerawat pasir di dahi, qir difahamkan ianya tumbuh untuk jangkamasa sementara. Lepas ni seminggu pakai cleanser +softener pulak. Nanti lepas tempoh tu qir update lagi apa jadi dengan muka. 

No comments:

Post a Comment