Saturday, March 9, 2019

Habis 2 minggu tempoh bertenang dengan intensive brightening cleanser

Qir baru saja habis tempoh bertenang, 2 minggu start 19 februari 2019 sehingga 4 mac 2019.

Dalam tempoh tersebut apa yang qir dapati, memang wajah kusam dah semakin hilang, muka makin cerah, kesan sunburn beransur hilang.

Cuma jerawat pasir di dahi masih belum menunjukkan tanda-tanda hilang. Rasa sedikit gatal.

Qir cuba tengok semula ingredients intensive brightening cleanser. Tetapi semua kandungan memang tidak menjadi penyebab jerawat pasir tumbuh.

Fungal acne tumbuh disebabkan fungus. Bahan yang mesti elak ialah fatty acid seperti linoleic, oleic, lauric, myristic, stearic, palmatic dan easter (ate) . Fatty acid banyak digunakan dalam produk kecantikan.

Juga bahan terkandung isopropyl palmitate, isopropyl pyristate dan glyceryl stearate. Hindari juga bahan-bahan polysorbate 20, 40,60,80. Juga bahan galactomyces iaitu ekstrak yis dari proses penapaian beras.

Intensive brightening cleanser mengandungi deionized water, lauryl glucoside, cocamido-propyl betaine, cocamida dea, glycerin  aloe barbadensis extract,  ascorbic acid, citric acid, sodium chloride, dmdm hydantoin, garcinia mangostana extract and fragrance 

Ini maklumat yang dapati dalam website sezia.co samada bahan itu promot fungal acne atau tidak. 






No comments:

Post a Comment