Tuesday, March 19, 2019

Hari kedua pakai serum

Sebenarnya Qir tak sabar nak lalui fasa ini. Sebabnya kandungan serum dermagslah yang paling banyak boleh membantu merawat kulit.

Sebelum pakai, Qir dah cek semua kandungan dia. Macam biasa memang ada baja untuk fungal acne.

Mula-mula rasa cuak, sebab tahu mesti berjimba fungal acne kat dahi nanti. Tapi sebab nak tengok dan nak rasa sendiri apa yang akan jadi. Qir tekad nak pakai jugak.

Ini kandungan intensive brightening serum;

Deionized water, caprylic/capric triglyceride, (and) ceramide3 (and) cholesterol, glycerin, sodium pca (and) sodium lactate (and) arginine (and) aspartic acid (and) glycerin, proline (and) threonine (and) isoleucine, histidine (and) phenynlalanine, phenethyl (and) caprylyl glycol, propylene glycol, peg-40 hydrogenated castor oil, Allantoin, acrylates/c10-30 alkyl acrylate crosspolymer, sodium citrate, hydrogenated lecithin, disodium edta, garcinia mangostana extract and fragrance.

Nampak tak ada segala jenis akhiran ~ate. Ni semua baja fungal acne.

Tapi terpaksa kentalkan hati pakai jugak.

Hari pertama dan kedua pakai, emang tak ku sangkal lagi. Mencanak naik atas dahi. Padahal sebelum tu dah kecut dahh.

Sudahlah esoknya qir ada program. Nak jumpa ramai orang. Memang down sekejap, marahkan diri sendiri sebab ambil risiko tu.

Lepas saja 1 jam tak silap, qir basug muka semula. Buat carian google apa paling pantas. Macam-macam suggestions.

Ada satu video dari Indonesia, dia sarankan pakai syampoo nizoral yang ada kandungan Ketoconazole. Bahan ni adalah bahan anti kulat. Berkesan membunuh kulat pada kulit. Kata youtuber tu lagi. Boleh saja guna apa-apa cream yang ada kandungan berakhir ~zole.

Kat rumah takda syampoo tu, yang ada ubat kulat, tina kare. Qir cek kandungan dia. Ya ada kandungan clorimazole, tulis lagi anti-fungal.

Terus saja sapu nipis kat dahi atas fungal Acne tu. Dalam 5 minit macam tu Wir basuh. Sebb takut juga. Tak pernah letak kat muka. Lagipon cream tu tak tulis pon untuk kulit muka.

Lepas je basuh terus sapu madu, bawak tidur sampai esok.

Paginya bangkit, tengok fungal acne tadi dah kecut, Alhamdulillah syukur. Konfiden balik nk jumpa orang ramai.

Ini adalah pandnagan dan pengalaman qir. Kalau ada yng cuba buat ni, tapi kesan buruk lain yang mendatang, jangan salahkan qir ya.

Lain orang lain kesan.

Seeloknya dapatkan nasihat dari beauty consultant dermags masing2.

Sebab diorang kalau tak pasti, terus direct tanya dr. Mariani sendiri.

Habis seminggu tempoh intensive brightening softener

Dalam tempoh seminggu Qir pakai cleanser + softener, Qir dapati jerawat halus semakin banyak di sekitar dahi.

Ya Qir pasti, mestilah si fungal acne yang tumbuh segar bugar sebab Qir dah bagi baja kat dia.

Baja? Apa kaitan dengan softener (toner)?

Dalam toner ada satu kandungan yang boleh menyebabkan fungal acne membiak iaitu polysorbate 20.

Jadi Qir tak risau sangat, sebab tahu dah penyebab dia.

Apa yang Qir buat ialah, Qir rawat guna madu. Sebab madu ada kandungan antioksidan yang tinggi yang boleh bunuh kulat-kulat berjemaah tu semua.

Alhamdulillah dalam 3-4 hari Qir amalkan pakai madu. Dalam masa yang sama Qir selang ada hari yang Qir pakai cleanser+toner sebelah pagi, lepas pukul 10, qir cuci muka dan sapu pulak madu. Malam pon sama.

Hasilnya memang fungal acne cepat kecut. Tapi tak hilang sepenuhnya. Hanya kecut je.

Dalam tempoh seminggu, tu je yang Qir buat.

Nak pulihkan semula kulit, kena sabar kan.

Sebab Qir yakin, produk yang Qir pakai ni bukan sebarang produk. Dia ada kajian, sudah tentu setiap satu ramuan itu ada penawarnya. Inshaa Allah, satu hari nanti pasti akan memberikan kesan maksima pada kulit.

Saturday, March 9, 2019

Habis 2 minggu tempoh bertenang dengan intensive brightening cleanser

Qir baru saja habis tempoh bertenang, 2 minggu start 19 februari 2019 sehingga 4 mac 2019.

Dalam tempoh tersebut apa yang qir dapati, memang wajah kusam dah semakin hilang, muka makin cerah, kesan sunburn beransur hilang.

Cuma jerawat pasir di dahi masih belum menunjukkan tanda-tanda hilang. Rasa sedikit gatal.

Qir cuba tengok semula ingredients intensive brightening cleanser. Tetapi semua kandungan memang tidak menjadi penyebab jerawat pasir tumbuh.

Fungal acne tumbuh disebabkan fungus. Bahan yang mesti elak ialah fatty acid seperti linoleic, oleic, lauric, myristic, stearic, palmatic dan easter (ate) . Fatty acid banyak digunakan dalam produk kecantikan.

Juga bahan terkandung isopropyl palmitate, isopropyl pyristate dan glyceryl stearate. Hindari juga bahan-bahan polysorbate 20, 40,60,80. Juga bahan galactomyces iaitu ekstrak yis dari proses penapaian beras.

Intensive brightening cleanser mengandungi deionized water, lauryl glucoside, cocamido-propyl betaine, cocamida dea, glycerin  aloe barbadensis extract,  ascorbic acid, citric acid, sodium chloride, dmdm hydantoin, garcinia mangostana extract and fragrance 

Ini maklumat yang dapati dalam website sezia.co samada bahan itu promot fungal acne atau tidak. 






Thursday, February 28, 2019

Tempoh seminggu consume intensive brightening clenser

Lamenye rase tak menulis di fb ni kan.
Rasa nak share lagi pengalaman Qir masa breakout dulu.

Mana tahu, ada mangsa keadaan dalam friendlist Qir ni, dapat jugak ambik iktibar kan. Ladang pahala Qir jugak tuu. Hehe

Qir pernah cerita, lepas putus je ubat doktor pakar tu kan, Qir jadi takut nak pakai apa-apa produk. Trauma rasanya. Masa tu hari-hari Qir sapu muka dengan aloe vera yang besar tu.

Qir buang kulit dia, lepas tu ambik isi lendir dalam dia tu, sapu kat muka. Memang buat non stop dalam sehari.
Jadi bila nak wuduk atau mandi, memang basuh camtu je, sebab kulit muka rasa fresh sangat. Tak pakai pencuci muka dah.

Nak keluar berjalan pon, memang tak pakai foundation ke apa, memang sapu aloe vera tu saja. Memang rasa menegang je kulit muka. Tapi Qir rasa itu je protection terbaik masa tu. Huhu punya laa trauma dengan skincare.

Hasil dari sapu aloe vera hari-hari, memang lembut dan sejuk je rasa kulit. Parut hitam mula pudar sikit-sikit. Tapi takdalah dia rawat sampai flawless kulit kita tu kan. Jerawat naik je jugak, mungkin faktor pemakanan dan hormon jugak kan.

Lama lepas tu baru la berani amik foundation atau sunblock. Tu pun sebab aktif pagi swimming sebab kena terdedah dengan cahaya matahari.

Untuk korang yang breakout teruk, rehatkan muka dulu, jangan terus-terus nak tukar produk. Kasi kulit tu bertenang dulu sebulan dua ek. Dalam tempoh tu eloklah pakai bahan-bahan natural je untuk bersihkan muka.

Bila dah breakout sebab bahan terlarang dalam produk, memang akan ambil masa bertahun untuk baik. Kalau pakai produk lepas tu boleh baik dalam masa seminggu atau 3,4 hari, eloklah cek balik kandungan dia. Takut la kan pisang  berbuah dua kali pulak!

Sekarang Qir tak pakai dah la aloe vera tu, dah malas pulak nak buang kulit bagai. Sekarang Qir dah jatuh cinta dengan satu produk ni.

Cleanser dia, serius nyaman je muka. Lepas cuci muka rasa bersih gila, tak keringkan kulit, dan rasa kulit lebih lembab. Kulit makin cerah natural.

Bahan aktif yg digunakan bukan dari sumber merkuri, hydroquinone, tretinoin, atau steroid yang bagi muka cerah timbul urat hijau semua tu, tapi dia guna bahan aktif dari kulit buah manggis yang dikenali sebagai Alpha-MAGs!

Produk ni bukan sebarang-barang, tapi hasil kajian Doktor, dari UTM. Hasil kajian makmal tentang Alpha-MAGs terbukti dapat cerahkan kulit 200% lebih berkesan berbanding arbutin & kojic acid. Wow sangat!

Mangsa breakout macam Qir takkan senang-senang nak pakai mana-mana skincare melainkan benar-benar selamat dan ada kajian yang dipercayai, sebab Qir dah rasa down tahap tujuh petala langit tu macamana.

Dermags,
Serius Qir dah jatuh cinta!

Seminggu selepas consume intensive brightening cleanser. 25 February 2019. Ada lagi seminggu tempoh bertenang. 

 Kulit kusam perlahan-lahan hilang. 
Tumbuh jerawat pasir di dahi, qir difahamkan ianya tumbuh untuk jangkamasa sementara. Lepas ni seminggu pakai cleanser +softener pulak. Nanti lepas tempoh tu qir update lagi apa jadi dengan muka. 

Tuesday, February 26, 2019

Sebelum Menggunakan Dermags

Ini adalah wajah-wajah sis Qir  sebelum menggunakan Dermags. Bila dah terputus ubat 12 tahun yang lalu, Qir meman berhati-hati untuk gunakan sebarang skincare. Sis Qir pernah cuba Skincare Organic yang lain lebih kurang setahun, tetapi tetap result yang sama. Kulit kusam, jerawat pasir, jerawat nasi, Kulit kering dan menggelupas, jerawat batu tetap saja naik. Dan inilah wajah sis Qir sebelum menggunakan Dermags.

Sis Qir akan rakamkan di blog ini, sepanjang tempoh sis Qir mengunakan Dermags.  Ikuti Perjalanan Aku dan Dermags di blog ini ya, Jangan ketinggalan tau!

Untuk catatan : 19 february 2019 (selasa)  : Qir mula consume intensive brightening cleanser. 

Tempoh consume: 2 minggu sehingga 4 mac 2019







Sis Qir dan Breakout Akibat Tersalah Skincare






Bilamana kau nak cantik, tapi kau tersilap pilih 'magic potion' , berbarailah wajah kau yang halus mulus seblum tu. Haha

Ini kesah sis Qir 14 tahun lepas, tapi kesannya terpaksa bawak sampai sekarang. sekarang pon jerawat pangkat baby dan mak baby dok naik lagi. Cuma takda la semeriah dulu. Parut toksah kira lah, da jadi lukisan kekal je ni.

14 tahun lalu,

Sapa tak down, kalau jadi benda macam ni, nak angkat muka pon berat ja rasa, hilang konfiden seratus patus. Bayangkan kulit kering sampai berdarah, nak senyum pon sakit, sebab stress kat sekitar hidung dan hujung bibir.

Kalau terdedah dengan matahari, peritnya rasa pedih terbakar, kulit kemerahan, kulit menggelupas. Kulit menipis beb!

Padah, bila main pakai je produk tanpa usul. Dulu penah terjebak dengan skincare berwarna oren merah keemasan, memang popular lah time tu.

Sis Qir pon ikut terjebak. Sebab nak hilangkan jerawat la kunun. Time tu jerawat ada la naik, macam time kita nak period tu kan, naik la 2, 3 ketul. Parut takda lagi time tu.

2005, Minggu pertama pakai, memang dah nampak kesan, gila kau, kulit jadi putih bersih, jerawat pon slow slow tenggelam. Ok pas nampak kesan positif, sis Qir pon seronok la kan, sambung pakai.
Minggu kedua, muka start pedih, kulit rasa nipis sangat, sensitif terutama bila dok berpanas bawah matahari. Azab nye la rasa. Pastu sis Qir stop serta merta!

Tahu apa jadi?

Jerawat title bapak siap nanah naik berjemaah. Yang baby tak usah cakap. Kawasan pipi, dahi, T zone, atas bibir, hidung, atas kening dalam kening, eh ada lagi ke yang tertinggal nak sebut? Haha pedek kata satu muka!

Memang down lah sesangat, cuci muka guna air je, sakit weh. Pantang tengok cermin, mesti sis Qir arwahkan jerawat tu, picit sampai berdarah, kesan tu akan jadi parut hitam dan berlubang!

Setahun lebih sis Qir tak sentuh apa-apa skincare. Hanya try pakai pencuci saja, tu pon kalau rasa tak sesuai memang tinggal terus. Pernah buat treatment, tapi tetap tak berjaya. Keadaan muka sama saja.
2007, lepas habis study, kena pegi plkn pulak, berkawat pulak tengah panas, sunburn teruk, jerawat toksah kata la.

Tahun tu jugak, mak ajak pi buat treatment kat doc pakar kulit, beratus-ratus jugaklah habis, sebulan seratus lebih tak silap. Sempat pakai 3 bulan je, tapi kesan dia memang superb!

Jerawat bapak tu dah beransur hilang. Doktor bagi cleanser ada dua jenis, satu bau epal best sangat. Satu lagi bau dynamo, adehh apakah muka ni hanya layak disental dynamo doktor. Haha. Pastu malam pakai cream untuk kecutkan jerawat. Doktor cakap 2 tahun nak rawat bagi hilang parut semua.

Lepas tu, sis Qir kawen, dah hijrah ke penang pulak, ujung minggu balik perak, dah tutup pulak kliniknya. Ubat habis, dah takda bekalan nak rawat. Jerawat naik je lagi tapi tak teruk macam sebelum tu. Kali terakhir sis Qir pegi klinik 2011 kot, rupanya klinik tu dah tutup, mungkin pakar tu dah meninggal. Alahai takda rezeki nak sambung treatment kat situ.

Lama qir tak pakai apa-apa. Cuma ada la foundation/sunblock ja, sebab nak elak sunburn. Tapi lepas pakai ada la naik jerawat, walaupun dah double cleansing bagai.

Dah capai umur 33 tahun ni, kulit wajah masih macam budak-budak menengah, jerawat hepi je lagi nak buat habitat dia kat muka ni. Walaupun tak teruk dulu, tapi masih ada, dengan kusam, sunburn akibat swimming, dengan parut, aih kesian pulak partner sebantal tengok kita. Heehee emm nasib muka kami senasib. Saling paham memaham.

Sekarang ni baru rasa nak try balik skincare. Memang sis Qir pilih yang betul-betul selamat, ada research pakar semua. Dermags pilihan sis Qir, memang terbaik!

Eh korang pernah ke breakout teruk?

Hi, sis Qir di sini!




Assalamualaikum wrt, sis Qir ucapkan selamat datang ke blog info sihat & cantik natural.

Blog ini menyajikan info dan infografik kesihatan dan kecantikan menarik untuk anda.

Selain itu, sis Qir juga akan berkongsi pengalaman sis Qir breakout teruk akibat pemilihan produk skincare yang salah.

Sekarang kulit sis Qir makin sihat, kerana kembali mengamalkan produk skincare yang selamat, hasil kajian Doktor tempatan.

Bagi anda yang mengalami breakout teruk, janganlah down terlalu lama, takda penyakit yang tiada ubat kecuali mati.

Jom lah kita ubah mindset kita, dengan usaha yang betul, kita pasti berjaya mendapat kulit yang sihat.

Mahu tukar skincare atau baru berjinak-jinak nak pakai skincare, samada anda breakout teruk, berjeragat atau nak kekalkan kecantikan sedia ada. Dermags pilihan terbaik, biar sis Qir bantu anda!